Pages

Thursday, October 1, 2009

Prakata


Kesihatan yang baik bergantung pada kualiti pemakanan yang baik. Kesemua 60 trillion sel di dalam badan kita memerlukan vitamin dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.

Sebilangan besar penyakit yang dialami sekarang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kurang baik dan tidak seimbang.

ini dikuatkan dengan sabda Nabi S.A.W "Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat yang utama". (Riwayat sahih Muslim)

Kita memerlukan 40 jenis zat untuk kekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian kita. Di zaman moden ini amat sukar untuk kita mendapatkannya disebabkan oleh fakta berikut:

1. Pencemaran dalam makanan
2. Pencemaran alam
3. Makanan buatan manusia
4. Gaya hidup yang serba cepat dan moden
5. Tabiat pemakan yang tidak seimbang

Oleh itu pengambilan makanan tambahan bukan lagi pilihan bagi mereka yang mahu mengekalkan kesihatan dan kebahagiaann hidup dan seterusnya sebagai pencegah daripada penyakit pembunuh seperti sakit jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi dan stroke

No comments:

Post a Comment