Pages

Thursday, October 1, 2009

Pengenalan


Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terlaris di Amerika. Ia di tubuhkan pada tahun 1956 oleh pengasasnya Dr. Forrest Shaklee, seoparang pakar dalam bidang pemakanan berkhasiat. Beliau percaya penuh bahawa manusia pemakanan satu unsur penting yang menyumbang kepada kesihatan manusia.

Shaklee mempunyai kilang pengeluaran terbesar di dunia. Dengan tradisi penyelidikan dan kepakaran teknologi yang tinggi, ia dapat menjamin kita menikmati makanan tambahan yang seimbang khasiatnya dengan tahap kemampuan setimpal bagi keselamatan keberkesanan maksima.

Setiap barangan Shaklee melalui tidak kurang dari 267 ujian berasingan untuk menjamin keutuhan mutunya yang tiada tandingan dalam pasaran terkini. Barangan Shaklee diperbuat selaras dengan alam semulajadi dan kesihatan yang baik. Setiap barangan Shaklee telah di uji keatas manusia untuk menjamin keselamatan dan keberkesanannya.

Bahan Berkhasiat Bukan Ubat (Dadah)

Sebilangan orang enggan mengambil bahan-bahan berkhasiat tambahan (sampingan) kerana menganggap ia sama seperti ubat-ubatan. Sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza. Mereka menganggap sama kerana kedua-duanya berbentuk seperti ubat-ubatan iaitu biji, kapsil dan cecair. Jadi makanan tambahan seperti Shaklee sama sekali adalah bukan dadah atau ubat-ubatan.

No comments:

Post a Comment